.comment-form { background:url(http://2.bp.blogspot.com/_yqzcBmyK-mo/TQgvvkNhoDI/AAAAAAAABK8/Il34NarWo1k/s1600/animated_50.gif); border:3px solid #74DF00; margin:0 10px 20px 10px; padding:0 0 0 15px; }

--di sini cinta kita bertapak--

--kau tempat ku mengadu hati..memberi segala hidup..dunia dan seiisinya milikmu..mencintaimu sejati..ku manusia yang penuh dosa..berharap ampunanmu..lihat di langit kesempurnaan hadermu..kau cinta pertama dalam hidup...

Ya Allah kuatkan lah ikatan hubungan kami.. =')

Ya Allah kuatkan lah ikatan hubungan kami.. =')

Halaman

Ahad, 16 Jun 2013

Saya syg bini saya..hehe

Selasa, 8 Januari 2013

JUSt MArried ^^, alhamdulillah


alhamdulillah..si DYEr kini menjadi suamiku..dia lah yg sering mnjadi topik utama dlm blog aku nie..hehe..ofcourse lah, org yg kita syg kan..abg, akhirnya doa kita dimakbulkan Allah kan? sayu n sebak bila kami telah diakad nikahkan..but actually, perasaan sebak tue dtg selepas sehari akad nikah..nak taw kenapa? kerana kelancaran saat lafaz akad nikah berlaku dlm beberapa saat jer.. ^^ alhamdulillah..semoga Allah menetapkan yg terbaek utk kami..dan pada yg laen, yg memasang impian utk nikah awal atau nikah Muda..hehe..pesanan satu jer, sabar, mmg kena bnyak sabar..kuat, doa n tawakal..

kepada suamiku : terima kaseh sbb sudi terima saya dlm hidup abg..semoga rumah tangga kita kekal ke syurga hendakNYA..ameeenn...

Isnin, 11 Jun 2012

Isnin, 28 Mei 2012

ayah..nak kawen..huhu




Raudhatus Sakinah menerima banyak pertanyaan daripada


 remaja, terutama remaja di institusi pengajian tinggi 


mengenai hasrat masing-masing untuk bernikah bagi 


mengelakkan maksiat. Malah, ada yang pernah terlanjur 


beberapa kali akibat pergaulan bebas atau cinta yang 


terhalang. Adalah malang sekiranya remaja ini terus hanyut


mendapat bimbingan daripada ibu bapa mereka. Lebih 



malang lagi sekiranya niat suci mereka untuk bernikah 


dihalang oleh ibu bapa dengan pelbagai alasan yang remeh.



Ibu bapa seharusnya boleh mengenali sekiranya si anak tadi 



bersungguh-sungguh atau tidak dalam permintaannya. Dan 


permintaan untuk bernikah bukanlah suatu permintaan yang 


boleh dianggap main-main atau gurauan. Tetapi ia 


melambangkan ketulusan hati dan kematangan fikiran. 


Tahap kematangan anak berbeza-beza, tetapi tidak sedikit 



mereka yang mempunyai kematangan fikiran dan mampu 


memikul tanggungjawab yang berat lantaran perkahwinan. 


Kehidupan zaman internet yang memberikan pelbagai 


kemudahan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada 


manusia menjadikan seseorang itu terdedah kepada lebih 


banyak maklumat yang menambah tahap kematangan dan 


kebolehannya membuat keputusan.



Kadang-kadang ibu bapa kurang pasti terhadap 


kesungguhan anak yang dianggap mentah kerana masi


h pada peringkat awal pengajiannya. Oleh itu, perkara ini 


perlu dibawa berbincang dari hati ke hati dan bukannya 


menolak mentah-mentah permintaan anak. Pastikan anak 


mempunyai persediaan untuk mengharungi alam rumah 


tangga iaitu persediaan mental, emosi dan spiritual, di 


samping persediaan fizikal seperti keadaan kesihatan dan 


kewangan. Ibu bapa yang prihatin dengan kesejahteraan 


hidup anak, pasti akan memberikan bantuan terbaik agar 


mereka dapat mengharungi kehidupan ini dengan sebaiknya.



Bantuan yang diberi bukan setakat memastikan makanan, 


pakaian dan pelajarannya terjaga. Malah, dalam bentuk 


perkongsian pengalaman dan kesediaan untuk memahami 


jiwa anak-anak yang meningkat dewasa serta menunjukkan 


kematangan untuk memikul tanggungjawab. Sebagai ibu 


bapa bestari, berilah nasihat dan bimbingan berguna kepada 


anak agar berwaspada dalam pergaulannya dan menjauhi seks luar nikah. Ibu bapa mesti mempunyai rasa cemburu dan curiga seandainya anak terlalu bebas dalam percintaannya hingga boleh menyebabkan mereka terlanjur.



Jangan terlalu memberat-beratkan urusan yang tidak wajib 


hingga menyebabkan anak melihat perkahwinan itu terlalu 


sukar, tetapi berzina pula lebih mudah. Islam memandang 


mulia institusi perkahwinan kerana ia adalah tunjang 


kekuatan sesebuah masyarakat. Anjuran berkahwin boleh 


dilihat melalui firman-Nya bermaksud:




Dan kahwinkanlah orang yang sendirian di antara kamu, dan


orang yang layak berkahwin dari hamba-hamba sahayamu


 yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan.


Sekiranya mereka miskin, Allah akan memampukan mereka


dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya)


lagi Maha Mengetahui.(Surah an-Nur, ayat 32)



Rasulullah pernah bersabda maksudnya:




Wahai kumpulan anak-anak muda! Barang siapa antara


kamu yang mampu berkahwin, maka hendaklah dia


berkahwin! Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup


pemandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barang


siapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa,


sebab yang demikian itu akan menahan nafsu.(Hadis riwayat 


Jamaah).



Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam karangannya yang masyhur 


iaitu Tarbiyyatul Aulad Fil Islam (Pendidikan Anak-anak Di 


dalam Islam) mengungkapkan bahawa perkahwinan itu 


adalah fitrah kemanusiaan, pemelihara maslahat 


kemasyarakatan dan penyucian hubungan antara manusia. 


Beliau menggariskan hikmah perkahwinan seperti berikut;






Pemeliharaan terhadap benih manusia.


Pemeliharaan terhadap keturunan dan nasab.



Keselamatan masyarakat daripada penyakit sosial dan

moral.


Keselamatan masyarakat daripada penyakit yang menular

akibat zina.


Ketenteraman jiwa, naluri dan akal fikiran.

Membangunkan kerjasama suami isteri dalam pembangunan

keluarga dan pendidikan anak-anak.



Menyuburkan perasaan belas kasihan ibu bapa.




Bagi pasangan muda yang dilamun cinta, perkahwinan 


berupaya mententeramkan jiwa yang bergelora dan 


memberikan ketenangan dalam menuntut ilmu. Tidak 


keterlaluan kalau dikatakan ramai yang berjaya dalam 


pengajian masing-masing meskipun berkahwin pada usia


 muda. Ini adalah janji Allah bagi mereka yang mematuhi 


syariat-Nya seperti dalam firman-Nya bermaksud:


Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia


menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,


supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,


dan dijadikan-Nya antaramu rasa kasih dan sayang.


Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada


tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.(Surah ar-Rum, ayat


21)



Sabda Rasulullah bermaksud:




Apabila datang (melamar) kepadamu orang yang kamu sukai


 akhlak dan agamanya maka kahwinilah dia. Kalau tidak 


engkau perbuat demikian, akan terjadi fitnah di bumi dan 


kerosakan yang luas.(Hadis riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan 


Hakim).



Hadis ini jelas mengingatkan ibu bapa terhadap 


tanggungjawab untuk mengahwinkan anak mereka sama 


ada lelaki atau perempuan apabila sampai masanya. Ini 


untuk mengelakkan bencana maksiat zina yang lebih dahsyat


 lagi.



[Azlina Roszy Mohamad Ghaffar adalah Pakar Psikologis 


Klinikal dan aktivis Wanita IKRAM]



"UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN"



abg..




Saya tak akan jadi suami yang sempurna untuk awak, tapi

 saya akan berusaha menjadi suami yang terbaik.


Saya takkan berjanji untuk cinta awak sepenuh hati saya,


 sebab saya nak letak Allah penuh-penuh dalam hati ini dan 

baru awak.

Saya takkan berjanji untuk takkan buat awak menangis, 

tapi bila saya ada saya akan cuba seka setiap air mata 

yang menitis semampu saya.



Saya takkan beri harapan untuk bersama awak selama-

lamanya, sebab suatu hari saya akan pergi juga. 

Saya akan ajar awak, tiada jaminan atas setiap perkara 

yang berlaku. Hidup kita umpama pensil. Pasti ada yang 

memegang hidup kita, iaitu Allah. Jangan berharap pada 

hidup. Biarpun awak rasa cukuplah hidup bersama saya, 

tapi itu masih tak cukup. Kita kena ajar diri, there is no 

guarantee in life. 

Tapi satu perkara yang saya pasti, saya nak jumpa awak 

kat syurga nanti..


hati wanita, selamilah..




SILAPNYA SEORANG WANITA ialah :

:: bila dia percaya, maka dia TERLALU PERCAYA..::
:: bila dia menyayangi, maka 

dia MENYAYANGI SEPENUH HATI..::
:: bila dia memberi, maka dia BERIKAN SEGALA-GALANYA..::

"Kerana itulah, apabila BERHADAPAN dengan SEORANG LELAKI.. wanita perlu lebih 

BERHATI-HATI, janji manis di bibir itu.. mungkin menjadi SEMBILU yang akan MENGHIRIS HATI bertahun lamanya, impian dan harapan indah itu.. mungkin menjadi selumbar yang 

MELUKAKAN.. makanya, SELAGI BELUM PASTI.. jangan memberi sepenuh hati, selagi 

belum memiliki dan dimiliki SECARA HALAL dan SAH.. JANGAN MEMBERI segala-galanya, 

bila kita terlalu mudah memberi.. maka kelak nanti kita akan SANGAT SUKAR MELEPAS PERGI..
Allah telah Menetapkan Yang Terbaik untukmu wahai Sahabat MUSLIMAHku SAYANG... 

Ingatlah,JANJI ALLAH itu tidak PERNAH MUNGKIR pada hamba-hambaNYA yang 

MENTAATI..."




tunang tanpa sedar?? haaa...

     

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?


Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

cari saya di sini yaa!!

Entry popular..^_^

--insan biasa ^_^--

perak, Malaysia
``maseh belajar erti kehidupan yg sebenar``

Cari Blog Ini