.comment-form { background:url(http://2.bp.blogspot.com/_yqzcBmyK-mo/TQgvvkNhoDI/AAAAAAAABK8/Il34NarWo1k/s1600/animated_50.gif); border:3px solid #74DF00; margin:0 10px 20px 10px; padding:0 0 0 15px; }

--di sini cinta kita bertapak--

--kau tempat ku mengadu hati..memberi segala hidup..dunia dan seiisinya milikmu..mencintaimu sejati..ku manusia yang penuh dosa..berharap ampunanmu..lihat di langit kesempurnaan hadermu..kau cinta pertama dalam hidup...

Ya Allah kuatkan lah ikatan hubungan kami.. =')

Ya Allah kuatkan lah ikatan hubungan kami.. =')

Halaman

Khamis, 27 Oktober 2011

--merisik KHABAr ^_^



assalamualaikum sahabat-sahabatku..
hari nie kita sembang2 pasal adat merisik pulak..boleh x??hehe..jom check it out..^_^..
cuba korg bayangkan pada suatu hari yg tenang...jeng2..ada org datang rumah korg..dgn tujuan untuk merisik..wahhh..mesti korg heppy kan??!! YAbedabedoooooo....(aku pun..haha)layan...zasss..
jom kita kenali dengan lebeh rapat lagi.. MERISIK TUE APA ?? huhu

Menilik atau merisik pada hakikatnya adalah adat yang memang baik dan berguna jika ia dijalankan bersesuaian dengan tujuannya, iaitu untuk memilih dan mengetahui latar belakang bakal menantu perempuan dalam sesebuah keluarga Melayu. Ini adalah untuk memastikan para ibu bapa tidak tersilap pilih dan dapat mencari yang terbaik untuk anak lelaki mereka. 

 Mereka akan mula menyelidik tentang latar belakang anak dara tersebut melalui saudara-mara dan sahabat handai. Latar belakang bukan hanya bermaksud melibatkan hal keluarga anak dara tersebut, tetapi juga tingkah laku keperibadian dan kesucian anak dara itu. 


Selain itu, pilihan yang tepat adalah difikirkan perlu bukan sahaja terhadap diri anak dara terbabit, tetapi juga ibu bapanya. Ini adalah kerana orang-orang Melayu dahulu berpegang kuat kepada perbidalan Melayu "Kalau hendak meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu”.Anak dara yang biasanya menjadi rebutan dan pilihan utama adalah anak dara yang sudah khatam Al-Quran, fasih dalam bacaan dan mahir membaca Al-Quran dalam lagunya serta mempunyai sedikit sebanyak tentang pengetahuan dan hukum-hukum dalam agama Islam. Begitu juga mereka akan dinilai dari segi rupa paras yang elok dan beberapa kemahiran asas yang lain seperti menjahit, menekat dan memasak. 

Dalam adat menilik atau merisik, selepas anak dara yang sesuai dipilih, biasanya wakil dari pihak lelaki akan datang ke rumah anak dara tersebut. Biasanya rombongan ini akan hanya disertai oleh ahli keluarga perempuan bagi pihak lelaki. Kedatangan ini bertujuan untuk berkenal-kenalan dengan keluarga pihak perempuan di samping melihat sendiri wajah dan tubuh badan anak dara tersebut.

Kedatangan ini juga bertujuan untuk memastikan sama ada anak dara tersebut sudah dimiliki orang ataupun belum. Ada sesetengah rombongan yang hanya datang untuk melihat anak dara tersebut dan bersuai kenal dengan ahli keluarganya tanpa mengikat sebarang perjanjian atau memberi kata putus, namun ada juga yang terus mengikat janji persetujuan untuk menetapkan tarikh peminangan. Ini semua bergantung kepada pihak keluarga lelaki terbabit. 

Setelah selesai adat menilik, rombongan tersebut akan pulang. Satu rundingan akan diadakan di antara ahli keluarga pihak lelaki yang melibatkan adik-beradik dan waris terdekat untuk mencari kata putus tentang hal tersebut. Mereka kemudiannya akan berbincang untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk menjalankan adat meminang dan pertunangan.



http://www.ashtech.com.my/adat/menilik_merisik.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cari saya di sini yaa!!

Entry popular..^_^

--insan biasa ^_^--

perak, Malaysia
``maseh belajar erti kehidupan yg sebenar``

Cari Blog Ini