.comment-form { background:url(http://2.bp.blogspot.com/_yqzcBmyK-mo/TQgvvkNhoDI/AAAAAAAABK8/Il34NarWo1k/s1600/animated_50.gif); border:3px solid #74DF00; margin:0 10px 20px 10px; padding:0 0 0 15px; }

--di sini cinta kita bertapak--

--kau tempat ku mengadu hati..memberi segala hidup..dunia dan seiisinya milikmu..mencintaimu sejati..ku manusia yang penuh dosa..berharap ampunanmu..lihat di langit kesempurnaan hadermu..kau cinta pertama dalam hidup...

Ya Allah kuatkan lah ikatan hubungan kami.. =')

Ya Allah kuatkan lah ikatan hubungan kami.. =')

Halaman

Ahad, 30 Oktober 2011

--kuat cemburu.. kelak, makan diri--

malam tadi abang melukakan hati weena...kasihan weena..abang rasa bersalah..terlalu mendesak.mungkin kerana abang juga terlalu takut sayang ..abang tkut klw2 weena  tidak kembali lagi ke pangkuan abang..abang bersalah..kini abang telah letakkan diri abang sama seperti insan2 lain yang sering berikan tekanan pada weena.

namun,jika catatan ini mampu berkata2..pasti akan diungkap semula segala kenangan manis kita bersama sayang...ketika ini kita berdua dalam keadaan tertekan tapi jangan sampai terputus sayang..abang akui kelemahan abang..



 ku akui kelemahan diri..
ku akui kesalahan ku ini..
terimalah..terimalah maafku ini sayang..
abang perlukan sayang dalam hdup abang..


abang akui kesalahan abang..abang terlalu cemburu...abang nak sayang berikan layanan tu hanya pada abang... bila lama sangat fikir dia jadi tekanan perasaan...jadi memberontak..abang jadi gila..gila bila fikirkan sayang..abang terlalu cemburu ..... selama ini abang rasa rendah diri pada sayang  dan kini abang rasa cemburu sangat.. abang x nak orang lain dekati sayang abang nie ...sayang hanya untuk abang....abang akui sayang...abang akui kelemahan abang...

sayangku,

maafkanlah sekali lagi insan ini...abg akan cuba belajar sabar sayang...belajar terima...belajar yakin dengan sayang... abang akur dengan kelemahan ini.. selalupun kita gaduh kerana ni kan?.. sayang lihat perkara ni sebagai positive ye..?? bila kita disatukan, ia akan jadi kelebihan dan kekuatan abang tau..? ;-D abang sayang dirimu...sayang punca rezeki abg melimpah..idea abang mencurah2...hati abang tenang...maafkan abang kerana terlalu mementingkan diri abang..insya-allah abang cuba atasi kelemahan diri abang ini.. abang tak sanggup kehilangan insan yang abang sayang.... ;-(

moral of the story: 
 ..cemburu tue ok,, tp jngan melampau-lampau..kerana ia bisa retakkan kaseh sayang..=)..)

--LuAHkAN SEbeLUM TERLAMBAT--



Kau tak tahu aku sukakan kau, cuma aku takut nak bagi tahu ~ :> LUAHKAN SEBELUM TERLAMBAT..

♥ Kisah ini tentang seorang gadis yang jatuh hati pada teman baiknya yang boleh berkongsi suka dan duka. Kita gelarkan mereka sebagai Adam dan Farah. Bagaimanapun, Farah tidak pernah meluahkan perasaannya itu, bimbang persahabatan mereka yang sedia terjalin, akan tercalar dengan pengakuan itu. 

Pada suatu hari, Adam mendatangi Farah dengan satu dilema. Adam meminati seorang gadis dan meminta pendapat Farah, sama ada dia harus menghantarnya satu kad ucapan. Hati Farah hancur berkecai tetapi dia sembunyikannya. Baginya, kebahagiaan kawan adalah kebahagiaannya jua. “Adam rasa, dia suka Adam tak?” tanya Farah. “Adam tak pasti, tetapi… mungkin juga,” jawab Adam. “Adakah Adam pasti dia belum berpunya?” tanya Farah lagi sambil di dalam hatinya berdoa si gadis pujaan Adam sudah mempunyai teman istimewa. Adam menjawab: “Belum.” “Kalau macam tu, teruskan. Itu cara terbaik untuk mengetahui sama ada dia juga sukakan Adam. Lagipun, siapalah yang mampu menolak lelaki seperti Adam,” ujar Farah cuba bergurau dan menyembunyikan perasaannya. 

Selepas itu, Farah cuba mengorek lebih lanjut daripada teman-temannya dan Adam, siapakah gadis bertuah itu tetapi hampa. Beberapa hari kemudian, Adam datang lagi. “Perlukah saya membelinya sejambak bunga?” “Ya, Farah tidak pernah terjumpa mana-mana perempuan yang tidak sukakan bunga!’ “Bunga apa yang patut Adam berikan?” “Bergantung, kepada apa?” “Bergantung kepada apa jenis bunga yang dia sukakan dan berapa banyak wang yang Adam ada.” “Adam tak kisah tentang duit.” “Kalau begitu, belikan dia bunga mawar merah, penjual bunga tentu tahu apa maksudnya.” “Adakah penjual bunga boleh mengirimkannya bersama kad ucapan?” “Ya.” “Kenapa Adam tidak memberikannya sendiri.” “Tak boleh.” “Kenapa pula?” “Adam takut dia tidak sukakan Adam.” Farah menjadi bertambah sedih.

Pada suatu hari, ketika sedang mengemas rumahnya, seseorang telah mengetuk pintu. Sebaik pintu dibuka, seorang lelaki penghantar berdiri bersama sejambak bunga mawar merah yang dikepilkan bersama sebuah kad ucapan. Kad itu berbunyi: “Sudah lama Adam tertarik pada Farah (lelaki mana yang tidak tertarik pada Farah, bukan?) Namun, semakin kita menjadi akrab, Adam dapat melihat kecantikan dalaman Farah sebagaimana kecantikan luaran.

Perasaan Adam menjadi lebih mendalam, melebihi seorang kawan tetapi Adam bimbang untuk berterus terang. “Adam menghargai persahabatan kita lebih dari segala-galanya tetapi Adam mahu Farah tahu, apa yang Adam rasai di dalam. Sekiranya Farah tidak merasakan apa yang Adam rasai, Adam sesungguhnya mengerti. Adam harap, kita masih boleh terus menjadi teman karib dan Adam berjanji, tidak akan membangkitkan perkara ini lagi. Seolah-olah, ini semua tidak pernah berlaku dalam hidup kita, okey? Hubungi Adam. Adam mahu tahu, apa pendapat Farah.” 

lepas tue...........................................jeng2.....
Sudah tentu Farah terus menghubungi Adam dan sejak itu mereka menjadi pasangan sahabat, kekasih dan suami isteri yang bahagia sehingga kini. Jadi saudara, hidup ini terlalu singkat untuk kita menerawang dan tertanya-tanya apa yang orang lain fikirkan tentang kita. Pejam mata, tetapkan pendirian dan `go for it’ ♥ (^__^) ♥ sweet kan crte nih ...♥

sumber: blog cinta fb..

cari saya di sini yaa!!

Entry popular..^_^

--insan biasa ^_^--

perak, Malaysia
``maseh belajar erti kehidupan yg sebenar``

Cari Blog Ini