.comment-form { background:url(http://2.bp.blogspot.com/_yqzcBmyK-mo/TQgvvkNhoDI/AAAAAAAABK8/Il34NarWo1k/s1600/animated_50.gif); border:3px solid #74DF00; margin:0 10px 20px 10px; padding:0 0 0 15px; }

--di sini cinta kita bertapak--

--kau tempat ku mengadu hati..memberi segala hidup..dunia dan seiisinya milikmu..mencintaimu sejati..ku manusia yang penuh dosa..berharap ampunanmu..lihat di langit kesempurnaan hadermu..kau cinta pertama dalam hidup...

Ya Allah kuatkan lah ikatan hubungan kami.. =')

Ya Allah kuatkan lah ikatan hubungan kami.. =')

Halaman

Rabu, 20 April 2011

--DoA cinta--









Bingkisan Doa.

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… 
Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… 
Titipkanlah kebahagian antara kami….
agar kemesraan itu abadi… 
Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah… Seandainya...
Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… 
Bawalah ia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah ia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti…
Berikanlah aku kekuatan… 
Melontar bayangannya jauh ke dada langit… 
Hilang bersama senja nan merah… 
agar aku bahagia… 
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta…
Gantillah yang telah hilang…
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… 
Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… 
Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan di akhirat… 
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini…
Ya Allah,
Jangan engkau biarkan aku sendirian… 
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai…
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….


Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

--CinTA ALLAH pada hAmbaNYA--





Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. 

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat. 

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini
akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini
dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

”Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata”.

WALLAHUA`LAM

sumber: http://afatsintake26.blogspot.com

Ahad, 17 April 2011

--NAfaz TErakhir CinTAku--


Juliyana ditahan dihopital SMC Seksyen 20, Shah Alam, Setiap hari aku akan melawat juliyana selepas tamat waktu kelasku. Juliyana ditahan dhospital disebabkan penyakit barah otak, semasa juliyana sakit dan tidak berdaya aku telah menunjukkan kesetiaan penuh dengan keikhlasanku bertapa aku menyayangi juliyana.
Tibanya aku di hospital aku terus ke wad pesakit barah otak bilik NO 212 A dimana juliyana ditempatkan, bila aku sampai aku terus kekatilnya dimana juliyana
juliyana ditahan dihopital SMC Seksyen 20, Shah Alam..


Setiap hari aku akan melawat juliyana selepas tamat waktu kelasku. Juliyana ditahan dhospital disebabkan penyakit barah otak, semasa juliyana sakit dan tidak berdaya aku telah menunjukkan kesetiaan penuh dengan keikhlasanku bertapa aku menyayangi juliyana.


Tibanya aku di hospital aku terus ke wad pesakit barah otak bilik NO 212 A dimana juliyana ditempatkan, bila aku sampai aku terus kekatilnya dimana juliyana sedang bersandar di kepala katil dan aku terus memberi salam kepadanya.


"Assalamualaikum Jue?" sambil tersenyum padanya.
"Waalaikumussalam As" dengan nada yang perlahan sambil tersenyum padaku walaupun dengan wajah yang pucat.

"Jue dah makan?"sambil menyentuh jari-jemari juliyana.
 "Belom lagi tak de selera."dengan nada yang perlahan.

"Jue!.tadi ada sesiapa datang melawat jue tak?"sambil memandang mata juliyana.
"Tak ada."sambil memandang diluar tingkap.

Aku pun terus diam tanpa berkata-kata, tiba-tiba jue bersuara memanggil aku!.
"Asrul!." dengan menyentak tangan ku.
 "Ye..say, ada ape jue? nak air?..

Jue tidak menjawab pertanyaanku tadi tapi sebaliknya dia berkata sesuatu.
"as kalau saya dah tak ada awak jangan menangis sebab saya per........."belom sempat dia menghabiskan kata-katanya itu aku terus menutup mulutnya dengan dua jari tanganku, jue terus terdiam dan aku berkata padanya.

"Jue jangan cakap apa-apa pasal takdir biarlah as bersama jue untuk saat-saat yang telah allah berikan kepada kita berdua bersama, please! jangan bagi as mengalirkan airmata ketika kita bersama saat ini.

 Selepas aku selesai mengucapkan kata-kataku, jue mengalirkan airmata membasahi pipinya, aku pun sapukan airmatanya dengan telapak tanganku, selepas jue berhenti menangis, aku berkata pada jue.
"Jue..as nak keluar kejap nak pergi beli makanan untuk jue.." jua hanya mengangukkan kepala, aku pun terus keluar sambil memandang jue yang tersenyum padaku, aku pun membalas syuman jue.


Setibanya aku kembali ke katil dimana jue bersandar dikepala katilnya, aku terus menyimpan makanan yang aku beli tadi di bakul bawah katil jue bersandar, selepas aku menyimpan makanan yang aku belikan tadi, aku ingin keluar semula, tiba-tiba jue menarik tangan dengan sekuatnya walaupun badannya lemah tidak berdaya, Jue berkata.

"As..duduk sebelah jue sekejap teman jue."masih memegang tanganku, aku pun terus duduk disampingnya, tapi jue hanya diam membisu, sebaliknya jue meletakkan kepalanya dengan perlahan dibahuku sambil jue mengucapkan dua kalimah syahadah, ketika die mengucapkan dua khalimah syahadah,aku terus pegang kedua bahunya aku melihat jue sedang melelapkan matanya dan menghembus nafas yang terakhir, aku yang dalam keadaan terkejut terus menekan butang kecemasan dikatil untuk memanggil doktor.


Sementara aku menunggu kedatangan doktor, aku meletakkan jue diribaku, aku melihat jue sudah tidak bergerak dan tidak bernafas lagi, pada masa itu juga airmataku mengalir membasahi pipi dan jatuh ke pipi jue, aku terus baringkan jue dikatil, selepas aku membaringkan jue, aku terus pergi kekerusi dan terduduk sambil menatap wajah jue dengan airmata yang masih mengalir tidak henti-henti, setibanya doktor, aku terdengar doktor berkata pada jururawat" Nurse!.. tolong catatkan masa kepemergian nur juliyana binti muhammad pada jam 11.34 PM" ketika aku terdengar kata-kata doktor itu, aku masih menangis dengan hati yang terlalu sebak.


Tiba-tiba doktor memanggil aku"adik!..tolong hubungi orang tua juliyana katakan pada mereka jue sudah tiada lagi" selepas doktor berkata begitu aku terus menghubungi mama dan papa jue dalam keadaan hati yang sebak.

Keesokan pagi dalam sekitar jam 10pagi, ramai penduduk dikawasan Kampung Tengah menunggu jenazah juliyana, Setibanya jenazah juliyana untuk dimandikan, selepas jenazah dimandikan dan dikapankan, apabila hendak dikapan kali terakhir aku tidak dapat melihat atau menatap wajah Juliyana buat kali terakhir.
Saat jenazah diangkat untuk dibawa ke tanah perkuburan, airmataku tidak dapat dibendung lagi, aku menangis semahunya disitu, aku tidak sanggup melihat jenazah dibawa pergi, kawan-kawanku ku datang kepadaku dan berkata. "sabar asrul yang pergi biarkan pergi" ketika itu aku sangat lemah, kerana cinta pertamaku kesudahannya begini, aku berkata sendiri dalam hati" Ya..Allah, sesungguhnya janjimu pasti, setiap yang hidup pasti akan mati".


Selepas pemergian juliyana, 2 bulan aku pergi kekolej tanpa berkata-kata, tidak menegur sapa, gurau senda dan tidak ada lagi gelak ketawaku, bersama kawan-kawanku.
Disuatu malam yang sepi, aku memetik guitar memainkan lagu kegemaran kami bersama, sambil airmata aku mengalir berlinangan mengenangkan Juliyana, aku tertidur, dalam tidurku aku didatangi mimpi dimana juliyana berkata kepadaku.

" As...as jangan jadi macam nie disebabkan saya, saya tak nak tengok awak menjadi manusia yang tiada arah tujuan hidup, As teruskanlah hidup dan jadilah insan yang berguna.." tiba-tiba aku terjaga, lau aku terus menangis dengan hati yang sebak.

Aku berkata dalam hati "Jue..!..As akan berusaha untuk hidup tanpa jue dan as akan tanamkan segala kenangan kita, terima kasih jue kerana datang menjelma dalam mimpiku-

   sumber:   pejuang2cinta.com
 

--Kekasih Halal--


Saya sayang awak. Tapi betul ke saya sayang awak? awak sayang saya ke? kalau sayang, kenapa awak pegang tangan saya? awak nak tengok rambut saya? nak peluk saya? nak saya pakai seksi seksi? memang la awak tak bagi lelaki lain tengok saya pakai seksi tapi awak tak halal lagi untuk saya kan? saya sayang awak ke kalau saya bagi semua tu kat awak?

Saya sayang awak. Betul, saya tak tipu. Tapi sayang ke kalau bila dengan awak, saya lalai? saya lupa kat Dia yang dah cipta saya, yang bagi saya perasaan cinta kat awak. Saya lupa solat, saya lupa dosa, saya lupa Tuhan. Saya takut. 


Betul awak. Saya sayang awak. Tapi saya takut. Takut sangat nak sayang awak. Awak baik, selalu solat awal. Tapi kenapa bila dengan saya awak lupa solat? masa keluar, kita lalu je depan masjid. Tak pernah stop. Tapi kat tempat takde orang, kita stop. Beratus duit awak habis untuk saya kan? Saya hargai sangat. Saya tahu awak sayang saya. Tapi kenapa awak tak simpan duit tu dulu. Mana tahu ada jodoh, boleh kita kahwin.


Awak... Saya takut. Takut sangat. Takut bila ingat apa yang kita dah buat. Saya nak awak jadi halal untuk saya. Tapi tak boleh lah sekarang. Macam mana awak nak tanggung saya. Kita belajar lagi. Saya nak hidup dengan awak. Saya nak awak jadi imam saya. Saya nak sangat share everything dengan awak. Saya nak jadi kekasih halal awak. Tapi betul ke cara kita ni awak? Saya takut laaaa... 


Awak... Saya nak hidup dengan awak forever kat heaven. Tapi layak ke kita pergi heaven kalau kita macamni? macam mana kalau tiba tiba Dia panggil kita pergi? tak kisah lah saya dulu, awak dulu atau dua dua sekali. Boleh ke kita pergi heaven kalau Dia panggil kita sekarang? kalau lah Dia tanya apa yang saya dah buat dengan awak, apa saya nak jawab nanti? saya maluuuuuuuuuuu sangat kat Dia..

Awak... Lama saya fikir. Saya fikir pasal kita. Betul saya sayang awak. Tapi sampai bila kita nak macamni? Awak, saya dah fikir lama. Lepas ni, kalau saya tak message awak, tak nak jumpa awak, tak nak call awak, tak nak video call, mms or webcam dengan awak, awak jangan salah faham tau. Saya buat macamtu sebab saya sayang awak sangat sangat.


Awak... Saya nak forever kat syurga dengan awak. Dulu saya sedih sebab kita jauh. Tapi sekarang, saya bersyukur sangat. Tuhan sayang kita. Kalau dekat, awak boleh agak kan apa yang kita akan buat nanti? Saya tak tahu macam mana nk beritahu awak. Saya nak jaga hati awak


Tapi awak sedar tak sebenarnya saya dah kotorkan hati awak. Saya suka goda awak dengan manja saya, goda awak dengan body saya. Saya suka buat awak cair dengan saya. Jahatnya saya kat awak. Awak, saya banyak dosa. Awak nak ke terima orang macam saya jadi wife awak?


Awak... Saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak. Saya nak jadi the best wife untuk awak. Baru lah awak tak pandang orang lain. Saya tak nak susahkan awak dengan saya yang macam ni. Saya nak jadi bidadari awak. Bukan kat dunia je. Tapi kat syurga jugak. Saya nak jadi bidadari awak forever and ever.


Awak... saya tahu saya tak baik. Banyak sangat kekurangan saya dan saya tak layak nak tegur salah awak. Tapi saya sayang awak. Apa yang kita pernah buat, bukan ada orang tahu pun. Siapa lagi nak tegur awak kalau bukan saya? saya pun nak awak jadi suami yang boleh pimpin saya ke syurga. Awak tak nak ke? Tak kan lah awak sayang saya untuk happy kat dunia ni je. Awak tak nak ke pilih saya jadi bidadari awak kat syurga nanti?


Awak... tolong lah. Saya tak nak dah jumpa awak. Tapi mungkin saya lalai jugak nanti. Syaitan selalu ada dengan saya. Suka je dia kalau saya keluar dengan awak, goda awak. Awak, tolong lah ingat kan saya bila saya lupa. Tolong ea? Saya lemah sangat. Saya nak jadi kuat. Kuat untuk awak yang saya sayang. Untuk hidup bahagia dengan awak.


Saya sayang awak sangat sangat. Cuba awak bayangkan. Macam mana kalau tiba tiba Dia panggil kita sebelum kita sempat bertaubat? Takutnya saya. Awak tak takut ke? macam mana kita nak pergi syurga? macam mana saya nak jadi bidadari awak? Saya nak sangat perasaan cinta ini kerana Dia. Tapi dengan apa yang kita dah buat, layak ke kita letak nama Dia dalam cinta kita? malu sangat kat Dia.


Awak... saya nak berubah untuk diri saya, untuk ibu ayah saya. Tapi, kalau saya berubah, awak still boleh terima saya lagi kan? saya nak berubah sebab saya nak jadi the best untuk awak dan jadi mommy yang the best untuk anak anak kita. Huhu tinggi betul cita cita saya. Saya pun nak kita jadi pasangan yang educated. Nak sama sama berjaya. Tapi educated yang taat padaNya lah. Mesti BAHAGIA kan? Kita ingat Dia, Dia pun ingat kita. So, boleh la Dia jaga kita nanti.

Awak... kalau saya pergi dulu, saya nak tunggu awak kat syurga tau. Awak doakan lah saya biar dapat masuk syurga. Saya nak jadi bidadari yang tunggu awak. And there, I'll be yours forever. Tapi, kalau awak pergi dulu? ye, memang saya sedih sangat. Tapi saya pun akan doakan awak. InsyaAllah. Nanti awak tunggu lah saya kat syurga ea? mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana. Tapi, simpan lah satu tempat untuk saya jadi bidadari awak, ye? Saya nak jadi bidadari awak. 


Awak... maafkan saya kalau apa yang saya buat dan beritahu ni mengguris hati awak. Saya buat macamni sebab saya sayang awak, sebab saya cinta awak. Saya tak tahu macam mana nak beritahu awak. Sebab tu saya taip kat sini. Maaf sebab saya post kat sini. Bukan nak buka keburukan sendiri. At least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sebagai panduan. Ramai kat luar sana couple dan buat macam macam yang tak elok. Saya takot nak post kat awak. Tapi saya harap awak tergerak hati nak baca ni.


Awak... ingat tau. SAYA SAYANG AWAK ETERNALLY AND INFINITY. Saya akan tetap tunggu awak jemput saya sebagai yang halal untuk awak nanti <3


      sumber: duniadeeba.blogspot.com/

Jumaat, 15 April 2011

Saat Lafaz Sakinah.wmv

-- ''SURAT SAYANG DARI ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA'' --

Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada-KU, walaupuan hanya sepatah kata meminta pendapat-KU atau bersyukur kepada-KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu hari ini atau kemarin.......

Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja....

AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap, AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapa KU, tetapi engkau terlalu sibuk......

Disatu tempat ,engkau duduk disebuah kursi selama lima belas menit tanpa melakukan apapun.

Kemudian AKU melihat engkau menggerakkan kakimu.

AKU berfikir engkau akan berbicara kepada KU tetapi engkau berlari ke telephone dan menghubungi seseorang teman untuk mendengarkan kabar terbaru...

AKU melihatmu ketika engkau pergi bekrja dan AKU menanti dengan sabar sepanjang hari.

Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepada KU.

Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang sekeliling,mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepada KU , itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu.

Engkau tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut nama KU dengan lembut sebelum menyantap rizki yang AKU berikan, tetapi engkau tidak melakukannya....

Masih ada waktu yang tersisa dan AKU berharap engkau akan berbicara kepada KU ,meskipun saat engkau pulang kerumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang haru kau lakukan.

Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV, engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari didepannya,tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yang ditampilkan.

Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau menonton TV dan menikmati makananmu tetapi kembali kau tidak berbicara kepada KU....

Saa tidur, KU pikir kau merasa terlalu lelah . setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu,kau melompat ketempat tidur dan tertidur tanpa sepatahpun nama KU kau sebut..

Engkau menyadairi bahwa AKU selalu hadir untukmu.AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sadari.AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain.AKU sangat menyayangimu,setiap hari AKU menantikan sepatah kata, do'a ,pikiran atau syukur dari hatimu.

Keesokan harinya.....engkau bangun kembali dan kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahwa hari ini kau akan memberi KU sedikit waktu untuk menyapa KU .... Tapi yang KU tunggu ....tak kunjung tiba .... tak juga kau menyapa KU.

SUBUH.....DZUHUR......ASHYAR....MAGRIB.....ISYA DAN SUBUH kembali , kau masih mengacuhkan AKU .....

tak ada sepatah kata,tak ada seucap do'a,dan tak ada rasa,tak ada harapan dan keinginan untuk bersujud kepada KU ......

Apa salah KU kepadamu....Wahai Ummat KU??? Rizki yang KU limpahkan ,kesehatan yang KU berikan, Harta yang KU relakan,makanan yang KU hidangkan,anak-anak yang KU rahmatkan,apakah hal itu tidak membuatmu ingat kepada KU....!!!!

Percayalah AKU selalu mengasihimu,dan AKU tetap berharap suatu saat engkau akan menyapa KU , memohon perlindungan KU , bersujud kepada KU...... Yang selalu menyertaimu setiap saat.....

SUBHANALLAH.....

Semoga catatan ini memberikan motivasi....

Dan menjadi Pelajaran kepada ana dan sahabat-sahabat semua.

-sahabat muslimin-

Khamis, 14 April 2011

--Jikalau Lelaki Terluka--

Banyak kaum perempuan akan menangis saat tersakiti hatinya oleh kaum lelaki. Memang kaum perempuan bisa menangis selama berjam-jam, atau bahkan berhari-hari saat hatinya benar-benar terluka. Tapi dalam waktu singkat, kesedihan akan sirna tanpa disadari dan keceriaan kembali hadir.



Bagaimanakah dengan kaum lelaki? Saat hatinya terluka, mungkin tidak ada air mata yang menetes. Memang banyak lelaki yang seakan tidak memiliki kesedihan sedikitpun. Tetapi yang terlihat hanyalah kebencian dan kekecewaan karena tersakiti.

Benarkah kaum lelaki tidak sedih? Sebenarnya jauh di lubuk hatinya yang paling dalam, ada kesedihan yang terpendam. Meski waktu telah lama berlalu dan segala hal telah berubah, tapi kesedihan itu masih melekat dan muncul dalam ingatannya secara tiba-tiba.
Saat kaum lelaki sudah memiliki pasangan baru, tanpa diduga, dia akan terkenang pada saat dimana dia pernah berjalan dengan mantan PASANGANnya.

Ia akan mengingat bahwa perempuan itu pernah mengisi hari-harinya yang indah dan Ia begitu mencintainya. Saat itulah lelaki akan mengalami kesedihan yang begitu dalam. Tentu saja, hal ini tidak akan terjadi sekali, tapi berulangkali. Sehingga dapat dibayangkan betapa tersiksanya perasaan seorang lelaki.

Dalam sekejap perasaan lelaki menjadi down. Lelaki seakan menjadi begitu lemah dan rapuh. Tapi uniknya, ia berusaha menutupi dan tetap memperlihatkan sikap sewajarnya untuk memulihkan perasaannya sendiri. Sehingga, tak ada seorang pun yang merasakan, kecuali hatinya sendiri yang teriris.

Hati yang terluka akan selalu dipendam dalam diri seorang lelaki, hingga ia benar-benar bisa menghilangkan luka tersebut dari dirinya. Life's must go on, right guys?



sumber:
Kami rasa Cinta itu tidak buta, tetapi mereka yang buta kerana cinta

--Tips Bila Org Pompuan Tengah Hangen--


Bila pompuan tengah marah marah
Lebih baik lelaki buat tak endah
Sebab kalau jawab pun tadak faedah

                                                   Kerana pompuan takkan mudah mengalah


Bila pompuan tengah naik hangin
Baik lelaki jangan ambik pusing
Kerana jika lelaki turut sama melenting
                                                     Pompuan akan bertambah bising bising


Bila pompuan marah marah lagi
Lebih baik lelaki diamkan diri
Sebab kalau lelaki turut sama berkelahi
                                        Pompuan akan bertambah marah sampai tak sedar diri


Bila pompuan masih dok sakit hati
Baik lelaki pujuk dengan muka manis berseri
Kerana silap pujuk pompuan akan bertambah benci
                                                    Alamatnya jenuh la lelaki dok makan hati


Bila pompuan tengah dok berang berang
Baik lelaki jangan dok cakap sebarang
Lagipun masa inilah lelaki ada peluang
                                                 Tengok pompuan dah jadi tak macam orang


Buat semua kaum lelaki di luar sana
Sila tumpukan perhatian anda
Sebab ini adalah fakta benar lagi nyata
Kalau bergaduh ngan pompuan, lelaki takkan menang punya!

    sumber:  Kami rasa Cinta itu tidak buta, tetapi mereka yang buta kerana cinta(fb)

--bilA suami minx Kawen LaGi--huhu




..dialog suami isteri.. Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga"
isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...


Rabu, 13 April 2011

--salah ker nak KAPEL??--


love heart quote poem feel



Kapel ngan cinta tu sama ka?? Emmm. ramai yang cakap macam tu. Lantas, ramai yang mengatakan cinta itu haram, cinta itu nyusahkan, cinta ini menjatuhkan maruah dan macam-macam lagi. Tapi, sebenarnya, kapel itu yang haram, nyusahkan dan menjatuhkan maruah. Kapel dalam bahasa mudah, berdua-duaan.

Dalam satu hadis nabi:

"Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita, sesungguhnya yang ketiga di antara mereka berdua adalah syaitan"
                                                                                                                      (riwayat imam Ahmad).


Ha, itu yang kata tak boleh tu. Tapi, bercinta ni lain. Cinta adalah satu fitrah yang memang tak boleh nak halang. Memang Allah ciptakan dalam diri manusia. Semua akan bercinta. Binatang pun bercinta. Si jantan akan cintakan yang betina. Cinta adalah satu perkara yang langsung tak boleh dihalang. Masakan cinta boleh dihalang, cinta hanya boleh dikawal. Bagaimana? Islam adalah jalan terbaik untuk menguruskan cinta.

Bagaimana caranya? Perlu diingat, cinta yang hakiki adalah cinta dalam hati, cinta yang sejati adalah cinta kepada Allah Subhanahu wa taala. Perlu diingat, andai kita berjaya memperoleh cinta kepada Allah, maka Allah akan memudahkan cinta kita dengan yang lain-lainnya.

Perlu diingat, cinta adalah salah satu wasilah untuk mencapat redha dari Allah S.W.T, dan bukanlah mendapat redha Allah untuk mendapatkan cinta. Maknanya, andai kita putus cinta, maka janganlah bersedih, sebabnya cinta bukanlah matlamat kita, tapi matlamat kita adalah redha dari Allah S.W.T. Pergunakan cinta sebaik-baiknya untuk mencapai cinta  dari Allah...

Berkenaan kapel. Kapel adalah cara yang salah untuk menginterpretasikan cinta. Kapel sedikitpun tidak membuktikan cinta, tetapi persediaan untuk berkeluarga adalah bukti cinta yang hakiki, sebabnya jika betul-betul cinta, maka kita mesti teringin nak bercinta dengan si dia sampai ke syurga. Kapel sebenarnya adalah satu perbuatan kita yang menghampiri kepada zina. Allah ada bagitau dalam Al-Quran bahawa janganlah kita mendekati zina. Dalam ayat ni, Allah nak bagitau bahawa, nak dekatu zina pun tak boleh, apatah lagi nak berzina. Dan kapel adalah pintu menhampiri zina. Berhati-hatilah.

Perlu diingat, Allah adalah Tuhan Yang Maha Penerima Taubat. Dalam al-Quran jugak, Allah bagitau Allah sangat mencintai kepada orang-orang yang mengulangi taubatnya. Makanya, sentiasalah memohon ampun kepada Allah, dan betulkanlah cara hidup kita supaya kita selamat dunia dan akhirat.


Persiapkan diri kita dengan ilmu agama sebaiknya untuk memimpin bahtera keluarga nanti. Ingat, bercintalah kerana Allah, bukan taat Allah kerana cinta.....

sumber: http://albayori.blogspot.com ..tq luqman..

--tentangG saYA--

 
mm..x taw dah idea nak tulis apa....hahahaha...
haa..hari nie korang marilah mengenali si empunya blog nie..
daripada sya merapu x tentu hala..mari saya coretkan serba sedikit tentang diri ini..
haha..korang nak baca2 lah..(apa aku nak tulis nie??) huhu..
blog nie x sampai sebulan lagi pun..
huhu..mesti ada yang tertanya-tanya kan..
macam mana sya terpk nak dirikan sebuah blog nie..huhu
mula2 tue saja2,, mengkagumi blog2 laen..
rasa cam best jer ada blog,,
so dengan semangat jer sya wat semua nie,,
but yang paling penting nak citer kat semua,
saya nie bukanlah blogger yg hebat pun (sedar diri laksss:p!!huk2)
saja isi masa lapang..
so citer 2dalam blog nie x lah seratus peratus dari air tangan saya sendirik..
air tangan ker?? silap2..tulisan tangan..eh2..silap gak...
apa 2 jer laahh...hahhaha
setiap apa yg saya nukilkan kat blog nie..
insyaallah tercatat semua sumbernya..
tapi ada gak yang saya perah sendirik otak maw cari idea..
hari tue kawan saya pernah cakap kat saya..
klu org wat blog2 cinta nie..


MyEm0.Com


diri sendiri mestilah kena stabil dari segi semua tue kann?
huhu..cam perli jep tue..huhu..
sya juga bukan insan sempurna yang bleyh lari daripada semua masalah cinta..
hahaha(mengaku sudahh..weee~~)
tapi, itulah saja2 bila kita ada blog nie seronok bleyh lepaskan semua..

MyEm0.Com

sedyh...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

MyEm0.Com
x puas haty...
ishhh x 100000000000000000

apa yg kita rasa, apa yang kita nak tulis, idok??
lantak ler orang nak baca ker x?? hahahah..asal hati puas..hahaha
pas niey kome 2 jangan lak tinggal saya sorang2 yer..
masalah cinta, akan ada pada org yang sedang bercinta,,
memang surelah kan,, ^_^

tapi, kita semua kena ingat,, setiap cubaan yang ALLAH bagi tue.. pasti ada hikmah yang tersembunyi..
terkadang kita jer yang x nampak semua tue kan?? 
mmm..pastue mesti kat  fikiran korang kata ( ko x alami senang rr cakap!!..pulak...)
hehe..saper yang x alami weyh..
mai habaq kat ceq maii..
haaa..kan dah terkeluaq versi penang n kedah..
loghat gtue..huhu



mm..habis idea dah nak tulis per..
haa lagi satu..
kalaw kome2, hampa2, korang2, awak2,
ada masalah ker, ada cerita ker nak kongsi ngan saya on jer kat fb erk??
laman sosial terhebat masa kini..huhu..
insyaallah saya on jer blog nie 2 hari sekali..
so jangan risaw2 erk..
insyaallah x tinggal kot blog nie..
sayang sangat2 ...
love u all..
MyEm0.Com

yang menjadi pengikut setia yer??
yang belum lagi..jom2..
sama 2kita mengimarahkan blog nie..
huhuhu..bye2 semua..
assalamualaikum..^_^

--tidak!!! aku x sanggup--

Percintaan.

i
barat mendirikan rumah di tepi pantai, mungkin jua akan dipukul ombak tanpa kita rancang, tanpa kita sedari rumah yang disangkakan kukuh akhirnya roboh jua akibat pukulan ombak tersebut

saya pernah ditanye oleh beberapa orang rakan cara untuk mengatasi masalah putus cinta...cara untuk menghadapi saat sakitnya cinta yang putus di pertengahan jalan





.kan bagus jika hati tersebut mudah dirawat apabila telah dilukai.


senyum.
mengapa lagi perlu pandang ke belakang? sungguh indahkah masa belakangmu sampaikan tidak mampu untuk meneruskan langkah ke masa hadapan


kawan: sakitnye waktu putus cinta
aku: putus cinta?
kawan: ye, putus cinta..apakah kau pernah merasakannya?
aku: (senyum) perlukah aku berbicara tentang cerita cinta yang telah musnah?
kawan: (senyap)
aku: tidak perlu untuk aku berbicara tentangnya, aku rase kau sendiri memahami dan telah merasakannya pada saat ini bukan?
kawan: ye, aku rasa dah tak berpenghujung rasa sakitnya
aku: (gelak) kau nak ubat?
kawan: ubat ape yang kau nak bagi?
aku: ubat gamat, bio oil pun boleh untuk hilangkan parut di hati kau (gelak)
kawan: sungguh gila kau nie (gelak)
aku: (senyum) putus cinta bukanlah penamat segalanya



 
 
.tangga..ingin sekali melangkah demi satu langkah untuk terus menuju ke hadapan.

mungkin si 'dia' bukan yang terbaik untukmu, mungkin jua si 'dia' tidak sesuai denganmu..bersabarlah kerana ada hikmah di sebalik ape yang terjadi, Dia lebih tau ape yang terbaik untukmu

sejarah lama haruslah dibuang dan bina masa hadapan, usah sesekali pandang ke belakang, teruskan melangkah & pandang ke hadapan, menggapai satu kemajuan

kegagalan dan kejayaan adalah lumrah kehidupan, begitu juga dengan satu perhubungan dan percintaan yang telah terjalin oleh sepasang kekasih

tidak ada seorang pun yang terus menerus berjaya meraih cinta tanpa melalui walau satu kesakitan, bukanlah bermakna sakit selamanya, kesakitan yang dilalui membuatkan diri agar lebih tabah untuk mengharungi hari-hari yang seterusnya

hati berbicara: hati yang terluka perlu dibalut serta dirawat, luka yang dialami haruslah dijaga sehingga sembuh, selepas ini dapatkan tips dengan lebih banyak untuk menghadapi sakitnya putus cinta

 kaiz77798@yahoo.com

Sabtu, 9 April 2011

Marshanda_-_Sejuta Cinta (OST Sejuta Cinta Marshanda)



awak....x maw jadi macam nie taw...:(
sedyhnyer...x maw2..

--HAti itu--

Hati Itu | iluvislam.com + discover the beauty of islam

--cinTA palSu dari CHina-- =,=

Telur ayam palsu atau tiruan yang diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan telah dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.


Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar, demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini Selasa.


Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.


"Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.


Mohamed Idris berkata kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.


Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.


"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.


Loh berkata beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lepas.

KENALI DAN LIHAT PERBEZAAN TELUR AYAM PALSU DAN TELUR AYAM ORIGINAL DIBAWAH INI....




sumber:  http://diary-of-jamal.blogspot.com

Khamis, 7 April 2011

--sepi iTu indah--


~~~SEPI ITU INDAH~~~

.......indahnya sepi pada yang mengerti........
.........betul ker statement cam tue??........
cam salah jer...
hehehe

by the way..sometimes hidup perlu gak sepi..
kerna bila sepi..baru kita belajar erti menghargai..
x kisahlah hargai sapa2 pun..or something yang kita selama niey
x ambel kesah pun...
mmmmm..renung2 kan dan selamat beramal...^_^

Selasa, 5 April 2011

--jangan ..kau pergi untuk meninggalkan aku!!!!--


love cat cats kitten kitten kitties kittie kitty

awak,
dulu kita kawan biasa jer..
main sama-sama, gelak tawa sama2,
sedih sama2 ..belajar sama2..
yg paling sweet kena marah pun sama2..
tapi saya x kesah..
sebab semua tue saya laluinya bersama awak..

satu hari saya terkejut awak..
kawan2 cakap ..awak suka saya...
tapi..saya terkejut sekejap jer..awak tahu kenapa??
sebab saya maseh pk yg awak main2 jer..
kan time tue kita maseh kecil kan??

awak..habes darjah enam..
kita bawa haluan maseng2..
saya ke sekolah agama..awak pun..:)
tapi..awak jauh dari saya..
mmm..jauhnya kawan saya..
walaupun sebelah negeri jer..saya dapat rasa awak pun mesti ingat kat saya kan??
(perasannya saya!!) hik2

awak..saya harungi semua hidup saya tanpa awak..
sebab kita kawan biasa jer kan??
manalah saya tau..dulu awak benar2 sukakan saya..
tapi awak..bagus jugak saya x tau..yg sebetulnya..
sebab ..klu saya amek serius kata2 awak dulu..
mesti saya segan nak kawan ngan awak kan??

IJJ

tingkatan tiga..
macam awak citer..saya contact balek ngan awak..
awak tau x?? saya pun heppy dapat berhubung balek ngan awak..
tahun tue..saya raya kat rumah awak..
saya tengok awak segan2 jer..
hehehe...naper yer awak??

awak..alhamdulillah result spm saya agak ok laa..
saya dapat lanjutkan pelajaran kat satu tempat tue..
saya heppy kat sana...
hubungan kita sama seperti biasa..
awk pun contact saya macam tue jer..
so, saya x berapa nak kesah sangat lah awak..
saya pun anggap awak...
sama jer ngan kawan2 laen..
kawan biasa...

awak..sebelum saya kawan ngan awak dengan lebeh serius..
saya ada kawan ngan sorang nie..
tapi..x lama pun awak..
awak tau kenapa??
maybe..Allah nak pertemukan kita semula..
hehehe..mana lah taw kan???

selepas tue..
saya rasa perlu untuk tnya awak keadaan yg sebenar..
saya nak taw betul2..
siapa saya di hati awak???
awak ingatkan detik itu..?? ^_^
saya dapat rasa awak gugup jawab soalan tue..
tapi awak action tenang gitue..
saya kenal awak lah!!!
(jahatnyer saya..huhu)

bermula dari hari itu..kita jadi teman istimewa..
awak cakap kat saya..awak serius ker niey??
hik2..lawaknyer awak..
pastue saya jawab..nampak saya mcm maen2 ker??
seminggu saya gelak kat awak..
x sangka awak macam tue sekali..
hehehe..

sekarang dah nak masuk 7 bulan saya "kawan" ngan awak..
dalam masa 7 bulan tue..
sejujurnya saya mula kenal saper awak..
awak.................terlalu sempurna untuk saya..
saya mula rasa segan ngan awak..

awak..saya nak awak tau..
sebelum nie susah sangat orang nak bagi saya segan, malu, sedih..
awak tau kenapa??
sebab saya nie hati keras tau??
wat x endah jer dengan semua yang berlaku..
apa yang saya taw..hidup saya...suka hati saya lah..
tapi..sejak 'berkawan' ngan awak..
saya jadi laen awak..

hati saya jadi laen sangat..
dulu..saya susah nak terima nasihat orang..
tapi..sekarang dah terbalek..
maybe sebab cara awak buat saya sentiasa insaf diri..
saper saya kat muka bumi niey..

awak..terima kaseh sebab hader dalam hidup saya..
yang tue jer yang mampu saya katakan..
saya mengaku..awak banyak terluka atas perbuatan saya..
sebab saya nie EGO kan awak??
lebeh EGO dari awak...
^_^

awak..kalau dipikirkan kembali..
banyaknyer awak dah ajar saya..
awak sentiasa kuatkan saya..
ajar saya yg mana betul..yang mana salah..
saya akui awak SEMEMANGNYA laser ngan saya..
mula2 memang saya x dapat terima hakikat itu..
yerlah..selalunya kalaw ber'kawan' mcam nie..
maseng2 jaga hati maseng2..
tapi awak x!!!
suka hati awak jer tegur 2 saya!!
geramnyer saya kat awak!!!
tapi....yang saya heppy...
lepas tue awak mesti mintak maaf kat saya atas keterlanjuran kata or something yg buat saya terasa..
hahahaha..memang banyak pun..
tapi..semuanya untuk kebaikan kan??
saya terima jer..(walau dalam hati..SIAPLAH AWAK!!)
dendamnyer sya...

awak...
tapikan..tue yang membuatkan awak laen daripada yg laen taw??
awak cakap awak buat semua tue..
sebab awak sayang saya..
sebelum nie..
saya x pernah jumpa kawan yg selalu tegur2 saya..
direct GTUE..lantak kau lah...
tapi..awak laen..cara awak unik..
Disebabkan unik itulah saya dapat rasa ...
awak suka saya..dengan seikhlasnyer..
(segan jer saya)
terima kaseh yer awak..

awak..sejak akhir2 nie..
saya dapat rasa hubungan kita dah jadi laen..
dulu..awak selalu nasihat saya..
awak selalu tegur saya..
tapi sekarang awak macam orang laen dah..
terkadang macam saya x kenal dah saper awak..
mmm..musykil gak saya..
tapi saya diam jer..
sebab saya taw...awak tengah uji saya kan??

love pictures


dan sememangnyer jangkaan saya betul, tepat dan benar,,
awak uji saya lagi..addooii..
macam 2 yang awak uji..
hehehehe(awak2)
sabarlah jer lah saya ngan awak...

awak..kalaw awak dapat baca apa saya tulis nie..mesti awak dapat detect kan..
apa yg saya cuba maksudkan??

tapi kini......awak melangkah dengan lebeh jauh lagi..
selamat berjaya awak..
sememangnya hubungan kita nie..hubungan jarak jauh..
x pernah dekat...
dan sekarang awak akan terus menjauh lagi..
saya sentiasa doakan yg terbaek untuk awak..
seandainya memang takdir kita bersama..
saya relakan pemergian awak!!!
lamanyer awak nak jauh dari saya..
awak..orang selalu cakap..hubungan jarak jauh nie..x lama..
sekejap jer tue...
(sedihnyer saya dengar :( )...
tapi..saya percayakan awak..saya percayakan diri saya sendiri..
namun saya juga percaya dengan qada' dan qadar TUHAN..

pergilah awak..
teruskan cita-cita awak..
ingat taw..saya sentiasa tunggu awak..(tue yg awak mintak dari saya kan??)
lima tahun awak.....lamanyer...
tapi..klw kita memang ada jodoh..x ke mana kan??

awak..awak taw kan nie kisah tentang saper??
kisah tentang kita...
kisahnyer saya awak...

kata-kata terakhir dari saya...

~~jangan...kau pergi untuk meninggalkan aku....~~

MyEm0.Com


 


cari saya di sini yaa!!

Entry popular..^_^

--insan biasa ^_^--

perak, Malaysia
``maseh belajar erti kehidupan yg sebenar``

Cari Blog Ini