.comment-form { background:url(http://2.bp.blogspot.com/_yqzcBmyK-mo/TQgvvkNhoDI/AAAAAAAABK8/Il34NarWo1k/s1600/animated_50.gif); border:3px solid #74DF00; margin:0 10px 20px 10px; padding:0 0 0 15px; }

--di sini cinta kita bertapak--

--kau tempat ku mengadu hati..memberi segala hidup..dunia dan seiisinya milikmu..mencintaimu sejati..ku manusia yang penuh dosa..berharap ampunanmu..lihat di langit kesempurnaan hadermu..kau cinta pertama dalam hidup...

Ya Allah kuatkan lah ikatan hubungan kami.. =')

Ya Allah kuatkan lah ikatan hubungan kami.. =')

Halaman

Khamis, 17 Mac 2011

--cinta.. apa tue??--^_^

heart hearts love collage collages


Aku, insan biasa..seperti orang lain juga..mahu kenal erti cinta..mahu kenal erti sayang..tetapi sejauh manakah kita mengenalinya?? Aku tahu ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta..  Di sini aku ingin berkongsi dengan kamu semua tentang apa itu cinta bagi pengertian diriku yang baru kenal erti dunia yang sebenar..

 Mak pernah cakap
 mak pernah cakap..klu belum bersedia..jangan sesekali menghampiri rasa itu.. aku yang masih kecil hanya menganggukkan kepala tanda setuju..di kotak fikiranku bermain-main suara mak tentang nasihatnya tadi..kenapa mak cakap cam tue ?? bisakah cinta?? bahayakah apabila kita menghampirinya..mmm..


Aku masih belum berpuas hati dengan jawapan mak .. aku melebarkan sayapku.. i mean bergerak sendiri untuk kenal erti cinta..aku cuba menghampiri buku2 yang berkaitan cinta..waaahhhh..memang hebat yaa perbincangan tentang cinta nie..lalu aku mengambil keputusan dengan membeli semua buku tentang cinta yang aku jumpa pada hari itu tapi (beli dengan duet mak laa) mana ada  duet sendirik lagi..huhu...mak hanya senyum padaku..mungkin kerana aneh dengan sikap aku pada hari itu.. (hehehe..tapi itu 10 tahun yang lalu..^_^)

Setelah aku menyingkap satu persatu helaian demi helaian buku2 yang aku beli..aku temui itu!!





"Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Oh, begitu yaa..maksud cinta,
mmm..Tuhan mencipta manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawabkan kerana cinta. Sedia untuk segala-galanya..begitulah cinta..

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulen dan tidak bertopeng-topeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.


Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta.Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Kesimpulannya, cinta itu x salah, tapi perlukan bimbingan yang sebetulnya..dan cinta selepas kahwen adalah cinta yang benar2 suci..dan cinta ILLAHI adalah cinta yang hakiki..

1 ulasan:

  1. Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu,berpuasa dibulan ramadhan,menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati suami,maka masuklah ia kesyurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki" (Hadis Riwayat Ahmad)

    BalasPadam

cari saya di sini yaa!!

Entry popular..^_^

--insan biasa ^_^--

perak, Malaysia
``maseh belajar erti kehidupan yg sebenar``

Cari Blog Ini